Lampin Pakai Buang/Diapers Nappy Time
Lampin jenama Nappy Time baharu sahaja berada di pasaran Malaysia setahun yang lalu. Namun anda tidak akan menemui jenama ini di pasaran terbuka kecuali satu "showroom" di sebuah kompleks pasaraya di Kelang. Jadi di mana anda boleh mendapat lampin berkualiti tinggi ini di tempat anda? Kini semakin ramai agen yang menjual lampin Nappy Time ini. Jika anda mencari di Facebook tentu anda akan menemuinya, salah satu agen di Lembah Kelang adalah Aufa Airis MZR Enterprise yang mempunyai fb page dengan nama yang sama dan laman sesawang, www.aufaairismzr.com.
Sama seperti jenama lampin yang lain, Nappy Time juga mempunyai 2 jenis iaitu Velcro Tape (atau magic tape) dan Pants (seluar). Kelebihan lampin Nappy Time adalah ia nipis, lembut, ringan, selesa dan kemas dipakai oleh bayi. Walaupun nipis ia mampu menampung hingga 7 kali serapan, jadi bila bayi pakai semalaman pun tidak akan bocor. Anda juga tidak perlu risau dengan ruam pada bayi kerana lampin Nappy Time sesuai untuk kulit bayi yang bermasalah.
Lampin Nappy Time jenis Velcro Tape
Lampin Nappy Time jenis Pants
Satu rahsia yang anda tidak tahu, lampin jenama Nappy Time ini sebenarnya diimport dari Jerman dan datang dengan pelbagai jenama sebelum melalui proses pembungkusan semula dalam kotak dan di beri jenama Nappy Time. Ini tidak menghairankan kerana lampin ini sebenarnya adalah untuk pasaran eksport semula ke negara-negara New Zealand, Australia, China, India, Bangladesh, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain. Antara jenama asal yang digunakan untuk lampin Nappy Time adalah Mamia, Toujours, Chicco, Baby Time dan seumpamanya.
Tentu ada yang bertanya, adakah kualiti lampin Nappy Time lebih baik dari Mamypoko atau Bosomi? Jawapannya adalah YA. Anda boleh mencuba sendiri untuk anak anda dan nampak perbezaannya.
Satu pengetahuan am untuk anda, lampin pakai buang dari Eropah menggunakan kod nombor untuk membezakan saiz lampin;
- No. 1 untuk saiz Newborn/NB
- No. 2 untuk saiz S juga dikenali sebagai Infant atau Mini
- No. 3 untuk saiz M juga dikenali sebagai Midi
- No. 4 untuk saiz L juga dikenali sebagai Maxi
- No. 5 untuk saiz XL juga dikenali sebagai Junior
- No. 6 untuk saiz XXL (kadang ditulis sebagai XL)
Semoga perkongsian ini memberi maklumat dan pengetahuan kepada anda. Jumpa lagi di lain masa. Auf Wiedersehen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan